Expo 2010

Fail:Shanghai World Expo.pngExpo 2010 (nama rasmi Expo 2010 Shanghai China) diadakan di kedua-dua tebing Sungai Huangpu di bandaraya Shanghai, Republik Rakyat China, dari 1 Mei hingga 31 Oktober 2010, dengan tema "Better City – Better Life" serta melambangkan taraf baru Shanghai sebagai "bandaraya dunia terunggul akan datang" pada abad ke-21.[1] Logo ekspo ini mengetengahkan aksara Cina 世 ('dunia', pinyin: "shì") yang diubah bentuknya untuk menyerupai tiga orang berganding bahu dengan tahun 2010. Acara ini merupakan pameran sedunia termahal dalam sejarah pameran miirp ini diadakan sepanjang zaman, malah turut juga mengisi tapak pesta dunia terbesar dalam sejarah iaitu 5.28 km persegi.[2]Lebih 190 negara dan lebih 50 pertubuhan antarabangsa telah berdaftar untuk menyertai Shanghai World Expo ini. Negara China dijangka menyambut seramai 100 pemimpin negara luar dan jutaan orang dari seluruh dunia untuk mengunjungi World Expo ini. Lebih 70–100 juta pelawat dijangka melawati ekspo ini.[3][4]